Tuesday, 3 June 2014

Berita Sedih

Innalillahiwainnailaihirojiun.....

Semalam dapat berita sedih salah sorang suami kawan AIGS meninggal dunia sebab lemah jantung...memang mengejutkan sebab nya suami dia masuk hospital hari Ahad malam sebab sakit dada dalam pukul 3.00 pagi macam tu, pastu esok nya isterinya mintak kami semua bacakan yaasin dan tlg doakan suaminya kembali pulih sebab masa tu suaminya dalam keadaan kritikal....dlm pukul 2.00 pg dapat berita yang suami dah kembali ke rahmatullah...mmg mengejutkan dan kami semua rasa sedih yang amat sebab perjalanannya begitu cepat dan sekelip mata sahaja....

Kami AIGS even hanya mengenali isterinya sahaja tapi amat terkesan dalam hati dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman...amin..

Banyak yang aku belajar dengan cerita smlm..even aku x sempat nak pegi ziarah tapi dapat berdoa yang terbaik untuk arwah dan keluarganya...Tapi yang paling sedih sebelum nie anak dia yang lelaki meninggal dunia dua tahun lepas sebabnya sesak nafas lepas turun dari bas. Nie plak suami dia yang pergi meninggal kan dia untuk selamanya...berat betul ujian Allah kepada kawan aku nie yang bernama Sopiah Napiah...aku yang memandang nie rasa insaf dan semestinya perlu perbaikki diri untuk keredhaan mu Ya Allah...Sekarang kawan aku tuh tinggal berdua ja dengan anak yang kecik perempuan baru berumur 3 tahun. Alhamdulillah di bertugas sebagai seorang pendidik jadi mudah la untuknya memohon pertukaran ke kampung halamannya..dia pun cakap klu duduk di Kuala Lumpur pun dah x dak sapa pun jadinya dia nak balik ke kampung duk dengan mak dia ....sedihnya aku dengar .....

Kawan aku seorang yang memang baik, bertudung labuh, cakap pun lembut dan amat berbeza dengan diriku yang diberi ujian sebegitu rupa....aku tengok ja gambar dia dah bergenang air mata...mmemang sedih...semua warga AIGS memang terasa dan amat terkesan dalam hati dengan kejadian....


Ok...Bye..Bye....