Monday 21 April 2014

Solat Dhuha

Daripada Zaid bin Arqam r.a. bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. Lalu ia berkata : Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha di waktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda : Sembahyang orang-orang yang bertaubat itu ialah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan). (riwayat Muslim)

Huraian :
Umat Islam perlu bersungguh-sungguh melakukan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah.
Amal ibadat yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan akan membentuk jati diri Muslim yang sejati
Sembahyang sunat Dhuha boleh dilakukan ketika naiknya matahari sehinggalah condongnya, tetapi afdal sekiranya dilakukan ketika matahari betul-betul naik dan bersangatan panas.
Hikmah disunatkan sembahyang Dhuha ketika matahari bersangatan panas, ialah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan sembahyang, seperti terbitnya matahari.

Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - Sumber Utusan Malaysia-